Taman Industri Kecil dan Sederhana SEDCO

- Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) melaksanakan projek ini bertujuan untuk menyediakan premis industri khas untuk usahawan IKS Bumiputera.

- Projek ini akan melibatkan pembinaan 48 unit teres gudang dan pejabat dua (2) tingkat dengan keluasan 1,453 kps setiap unit, 6 unit semi-D gudang dan pejabat dua (2) tingkat dengan keluasan 1,614 kps setiap unit serta 4 unit gudang dan pejabat 2 tingkat dengan keluasan 1,938 kps setiap unit.