Kedai Merotai

- Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) melalui anak syarikatnya, Perkasa Realty Sdn Bhd membangunkan sebanyak 16 unit 2 tingkat kedai/pejabat di Pekan Baru Merotai, Tawau Sabah.

- Pembangunan lot-lot kedai tersebut adalah untuk mewujudkan sebuah pekan baru berpusat dan bercirikan bangunan komersial yang moden di tapak Pekan Baru Merotai.


ii. Kedai Kinabatangan (Fasa IV)

- Sebanyak 6 unit 2 tingkat telah dibina sebagai kesinambungan pembangunan di tapak bersebelahan rumah-rumah kedai yang sedia ada yang dikendalikan oleh pihak Perkasa Realty Sdn Bhd.

- Pembinaan kedai ini adalah bertujuan untuk menambah bilangan bangunan dan menampung keperluan ruang-ruang perniagaan khusus kepada peniaga-peniaga Bumiputera tempatan.


iii. Kedai Tongod (Fasa II)

- Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) melalui anak syarikatnya, Perkasa Realty Sdn Bhd telah membangunkan sebanyak 6 unit 2 tingkat kedai di Pekan Tongod.

- Projek ini adalah bertujuan untuk menyediakan premis perniagaan mampu milik kepada penduduk di Daerah Tongod bagi menggalakkan kegiatan keusahawanan penduduk setempat melalui penyediaan prasarana perniagaan.