Bazaar Masjid Negeri, Kota Kinabalu
- Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) melalui anak syarikatnya Sedcovest Holdings Sdn Bhd bekerjasama dengan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah membina sebanyak 58 unit lot perniagaan, 1 lot dewan serbaguna dan 1 lot pejabat dalam Kawasan perkarangan Masjid Negeri Sabah.
Kedai Sook, Keningau (Fasa IV)
- Projek ini melibatkan pembinaan 6 unit 3 tingkat kedai sosio ekonomi yang dilaksanakan oleh pihak Perkasa Realty Sdn Bhd. Lokasi projek ini terletak di laluan jalan masuk Tawau – Keningau
Arked Perniagaan Pekan Muhibbah, Sg. Manila, Sandakan
- Projek ini dilaksanakan oleh anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) iaitu Sedcovest Holdings Sdn Bhd. Lokasi tapak projek ini terletak di Pekan Muhibbah, Sungai Manila, Sandakan yang berada kira-kira 20 kilometer dari Bandar Sandakan.
- Arked ini dijangka akan dapat menyediakan sebanyak 6 unit premis makan/minum, 11 unit premis pelbagai, 32 lot jualan sayur dan buah, 6 lot jualan ikan dan bahan basah, 6 lot jualan daging dan ayam, 12 lot jualan rempah-ratus, ‘open plaza’ seluas 9,850 kaki persegi, pentas pelbagai, pondok polis serta beberapa kemudahan awam yang lain.
Bazaar Masjid Al-Kauthar, Tawau
- Projek ini dilaksanakan oleh anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) iaitu Sedcovest Holdings Sdn Bhd. Projek ini terletak dalam kawasan Masjid Al-Khauthar, Tawau iaitu disebahagian tanah milik Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).
- Cadangan projek ini melibatkan pembangunan sebuah bangunan satu tingkat dengan keluasan hampir 14,500 kaki persegi yang merangkumi pembinaan 44 lot pelbagai, 1 lot blok pentadbiran serta beberapa kemudahan awam yang lain.