Kursus Skim Usahawan Teknikal (SUT)

- Latarbelakang : Mewujudkan Usahawan Lepasan Sekolah Teknik dan Pekerja Bengkel yang bertujuan untuk mewujudkan usahawan yang mempunyai kemahiran teknikal dalam bidang-bidang yang tertentu. Usaha yang diambil ialah untuk menjadikan kedua-dua kumpulan sasaran ini memilih bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya dan tidak lagi memilih makan gaji sebagai satu kerjaya mereka.

- Objektif : Melatih masyarakat bumiputera yang mempunyai kelayakan dalam bidang teknikal/mekanikal dalam bidang-bidang tertentu untuk mengikuti kursus asas perniagaan sebagai persediaan untuk menentukan perniagaan sendiri.


Kursus Skim Usahawan Siswazah

- Latarbelakang : Mewujudkan Usahawan Lepasan Siswazah yang memegang sijil Diploma dan ijazah yang bertujuan mewujudkan usahawan yang mempunyai tenaga mahir dalam bidang pengurusan, pentadbiran dalam bidang-bidang yang tertentu. Usaha yang diambil ialah untuk menjadikan kedua-dua kumpulan sasaran ini memilih bidang usahawan sebagai satu kerjaya dan tidak lagi memilih makan gaji sebagai satu kerjaya mereka.

- Objektif : Melatih masyarakat bumiputera yang mempunyai kelayakan dalam bidang keusahawanan dalam bidang-bidang tertentu untuk mengikuti kursus asas perniagaan sebagai persediaan untuk menentukan perniagaan sendiri.


Kursus Pelbagai

- Latarbelakang : Untuk melahirkan dan membangunkan usahawan yang berilmu serta mempunyai ciri-ciri keushawanan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju.

- Objektif : Memberi pendedahan awal kepada keusahawanan dan sektor-sektor perniagaan yang boleh diceburi.