Tentang SEDCO


Home » Tentang SEDCO

Maklumat Korporat

Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) telah ditubuhkan pada 21 Disember 1971 melalui Enakmen Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah no. 30, 1971. Penubuhannya adalah susulan daripada penggubalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang antara lain strateginya adalah mewujudkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) di setiap negeri bagi tujuan membantu mencapai matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
 
Pada awal penubuhannya, SEDCO diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Luar Bandar. Ia bertanggungjawab menyelaras, menyelia dan tertakluk kepada keperluan, melibatkan diri dalam pewujudan industri yang berupaya membuka peluang pekerjaan, serta memastikan penglibatan aktif golongan bumiputera di dalam sektor perindustrian dan perdagangan.
 
Sejak penubuhannya, SEDCO telah terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti perindustrian dan perdagangan melalui usaha sendiri dan juga secara usaha sama dengan pelabur dari dalam dan luar negara. SEDCO adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Perindustrian (Negeri) dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (Persekutuan) dengan penglibatan dalam aktiviti komersial yang meliputi sektor-sektor pembuatan, pembangunan harta tanah, perdagangan dan perkhidmatan. Dalam aspek sosioekonomi, SEDCO berperanan penting dalam merealisasikan agenda Masyarakat Perdagangan & Perindustrian Bumiputera dengan menggiatkan perniagaan dan keusahawanan bumiputera.

Misi

Untuk memacu pembangunan ekonomi negeri dan menggalakkan penyertaan yang lebih tinggi daripada Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera di samping memastikan pertumbuhan perbadanan yang lebih mampan.

Visi

Menjadi sebuah Perbadanan yang menerajui, dihormati dan menjadi pilihan utama dalam memacu pelaburan dan pembangunan ekonomi negeri.

Struktur Organisasi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO)

Ahli Lembaga Pengarah

Ahli Lembaga Pengarah

Pengurusan

Syarikat Kumpulan

Nilai-nilai Murni SEDCO

Swift Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cepat dan cekap, memastikan semua urusan rasmi diberi keutamaan. Segera Ethical Kami menjunjung integriti dan melaksanakan tugas kami dengan moral dan etika yang tinggi. Etika Dedication Kami menjalankan tugas kami dengan penuh dedikasi, komitmen, dan semangat. Dedikasi Competent Kami memberi penekanan dalam membina tenaga kerja yang sangat kompeten melalui pembelajaran berterusan dan dengan memperoleh kemahiran serta pengetahuan baru. Cekap Oneness Kami mengutamakan semangat 1SEDCO, bersatu, kerjasama, dan saling menghormati tanpa mengira usia, bangsa, dan agama. Bersatu

Agensi di Bawah MIDE