SEBUAH PERBADANAN, mempelawa permohonan bagi mengisi jawatan-jawatan seperti berikut:-

 

Jawatan

:

 

Pembantu Akauntan Gred W19

Taraf Jawatan

:

 

Kontrak

Syarat Lantikan

:

 

Calon yang memohon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

 

a.     Warganegara Malaysia;

 

b.     Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

 

c.           Kelayakan Akademik:-

              i.    Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik dan Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut; atau

             ii.    SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

            iii.    SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

            iv.    SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

            v.     SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

 

d.     Boleh berkomunikasi serta menulis dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris dengan baik.

e.     Berintegriti, mempunyai keterampilan yang baik dan mempunyai kualiti peribadi cemerlang.

f.      Berdisiplin, inovatif, proaktif dan boleh berinteraksi secara efektif serta efisien.

g.     Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara kumpulan dan mampu bekerja dibawah tekanan.

 

Syarat Kelayakan Bahasa Malaysia

:

Memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Menguasai Bahasa Malaysia dan Inggeris dengan baik (Menulis & Komunikasi).

 

Fungsi Bidang Tugas

:

·      Bertanggungjawab membantu melaksanakan peraturan-peraturan Kewangan dan Perakaunan yang ditetapkan serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan daripada semasa ke semasa.

·      Bertanggungjawab membantu ke atas pencapaian Indeks Prestasi Utama (KPI) Bahagian Kewangan dan pematuhan audit.

·      Bertanggungjawab membantu melaksanakan Sistem Kualiti IMS ISO 9001:2015 dan MS ISO 37001:2016.

 

Calon-calon yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan lengkap resume serta salinan sijil-sijil berserta gambar berukuran pasport terkini (tidak dikembalikan) sebelum atau pada
23 Disember 2024

Kepada:

 

Pengurus Sumber Manusia & Pentadbiran Kumpulan

(u.p : Seksyen Perjawatan)

Tingkat 8, Wisma SEDCO,Lorong Plaza Wawasan,Off Coastal Highway,

Peti Surat 12159, 88823 KOTA KINABALU

 

(Hanya calon disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga)

 

 

TAMAN PERINDUSTRIAN KUDAT
Taman Perindustrian Kudat akan dibangunkan di Limau-Limauan di atas tapak seluas 1,205 ekar. Anggaran kos pembangunan adalah sebanyak RM 1.5 billion. Fasa 1 akan dibangunkan dengan Pelabuhan & Kawasan Simpanan (stockyard area), Clinker Plant, Ladang Solar, Perumahan, Hotel, Lot Kedai dan Pusat Rekreasi. Sementara itu, Fasa 2 pula adalah untuk membangunkan Oil Refinery; Tank Farm, Bulk Cargo Port; dan Gas Fired Power Plant.


BANDAR BARU TITINGAN

Bandar Baru Titingan akan dibangunkan di atas tanah seluas 326 ekar. Pusat Pentadbiran Kerajaan, Pusat Komersial & Pejabat, Pusat Kediaman & Souk Titingan, Pusat Belia, Sukan & Rekreasi Tawau, Taman Tema Wet World, Pusat Pendidikan & Universiti, Hotel, Pusat Perubatan Bersepadu, Titingan Seafront Foodcourt, Cultural Village & Fisherman’s Wharft, Marina Yacht & Water Resort serta Pangsapuri akan dibangunkan di bandar ini. Kos pembangunan Bandar Baru Titingan dijangka sebanyak RM2 billion.


BANDAR TERAPUNG SEMPORNA
Bandar Terapung Semporna merupakan pembangunan bandar atas air yang melibatkan kawasan seluas 342 ekar dengan anggaran kos (Gross Development Value) sebanyak RM900 Juta. Bandar ini akan dibangunkan dengan Hotel 5 Bintang berkapasiti 350 buah bilik, Hotel 4 Bintang berkapasiti 300 buah bilik, 5 blok apartment dengan 2,300 unit, Akuarium & Restoran,95 Unit Marina Komersial.dan juga Pusat Kebudayaan Islam.


METRO FIBERIZATION
Metro Fiberization adalah salah satu projek SEDCO yang bertujuan untuk merangsang pembangunan Negeri Sabah dengan kemudahan dan perkhidmatan telekomunikasi. Metro Fiberization akan dibangunkan di Kota Kinabalu, Labuan, Keningau, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau dengan anggaran kos sebanyak RM135 juta. Antara yang akan dibangunkan adalah Cable Refurbishment (Aging and Pan Borneo Relocation activities); mengimplementasi DWDM network 10 GB e-solution; Network Supervision and Quality Monitoring (NOC) di KKIP; kabel baru; dan Backhaul Expansion.


PROJEK LOJI KLINKER
Projek Loji Klinker akan dibangunkan di Taman Perindustrian Kudat dengan anggaran kos sebanyak RM600 hingga RM700 juta. Pembangunan Loji Klinker ini akan dapat mengurangkan kebergantungan kepada import klinker dari luar negara. Loji ini juga dapat memastikan pasaran simen tempatan terjamin serta tidak ada gangguan terhadap industri pembinaan akibat bekalan simen yang berkurangan. Selain itu, membantu dalam ‘spillover’ atau ‘spin-off’ ke atas import, eskport serta membantu sektor pengangkutan.