Calon yang memohon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c. Kelayakan Akademik:-
i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik dan Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
ii. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
iii. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
iv. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
v. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
d. Boleh berkomunikasi serta menulis dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris dengan baik.
e. Berintegriti, mempunyai keterampilan yang baik dan mempunyai kualiti peribadi cemerlang.
f. Berdisiplin, inovatif, proaktif dan boleh berinteraksi secara efektif serta efisien.
g. Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara kumpulan dan mampu bekerja dibawah tekanan.
|