KOTA KINABALU, 27 FEBRUARI 2023 – Menteri Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan (MIDE) YB Tuan Phoong Jin Zhe mengadakan kunjungan ke Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) pada 27 Februari 2023 (Isnin).
Ketibaan beliau disambut oleh Pengerusi SEDCO Datuk Rubin Balang, Timbalan Pengerusi Dato’ Seri Dr. Arsit Sedi serta para Pengurusan SEDCO dan ketua-ketua eksekutif syarikat kumpulan.
Turut hadir pada sesi kunjungan tersebut adalah Setiausaha Tetap MIDE Datuk Thomas Logijin.
Dalam ucapan ringkas YB dalam taklimat tersebut, beliau berkata kerjasama dengan syarikat-syarikat subsidiari SEDCO amatlah penting dalam perancangan strategik untuk memacu pertumbuhan Ekonomi Sabah.
Hadir sama, Wakil Pengurus-Pengurus Besar Syarikat Kumpulan SEDCO.
#berkhidmatdemikemajuan #SEDCO #KumpulanSEDCO